VIDEO – LAUNDRYBAR TAMPIL MEMBANTU PESARA TENTERA

LAUNDRYBAR TAMPIL MEMBANTU PESARA TENTERA

MERDEKA… MERDEKA… MERDEKA…. Itulah perkataan keramat yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Umum mengetahui Malaysia telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Setiap tahun telah diadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Kerajaan juga telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula daripada 16 Ogos sehingga 16 September. Antara pengisian Sambutan Bulan Kemerdekaan ini ialah Program Kibarkan Jalur Gemilang, Program Sambutan Ambang Merdeka, Program Perarakan 31 Ogos dan sebagainya. Sebenarnya banyak kebaikan yang diperolehi apabila semua lapisan masyarakat terlibat dalam sambutan Bulan Kemerdekaan.

Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita dapat mengenang jasa TOKOH dan PERAJURIT NEGARA yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya.

Justeru itu, Laundrybar juga tidak ketinggalan meraikan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di outlet2 kami. Selain daripada itu, bagi mengenang jasa perajurit negara, Pasukan Laundrybar Rangers telah menjalankan aktiviti CSR kepada seorang Pesara Tentera (TLDM) yang kini terlantar sakit lumpuh seluruh badan akibat serangan jantung pada bulan Disember 2017 susulan daripada berita yang disiarkan oleh Sinar Harian pada 25 Januari 2019 yang lepas.

Beliau yang dimaksudkan ialah Bintara Kanan (BK) Bersara Mat Azif Bin Dolah Karison (55 Tahun) yang kini menetap di Kampung Endah, Morib. Mat Azif kini dijaga rapi oleh isterinya, Siti Salimah Binti Misbah (54 tahun).

Menurut Siti Salimah, Mat Azif kini bagaikan seorang bayi yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja untuk membantu keluarganya. Dia kini hanya bergantung kepada susu khas yang disalurkan melalui tiub khas setiap tiga jam. Satu tin susu tersebut berharga RM85 dan hanya bertahan 2 hari sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang dewasa. Sememangnya kos penjagaan Mat Azif agak tinggi dan bantuan yang diterima daripada Pusat Zakat tidak mencukupi.

Siti Salimah menambah bahawa, dia kini hanya bergantung kepada pencen suaminya untuk perbelanjaan harian dan mujurlah suaminya telah membina rumahnya selepas berpencen dulu dan tidak menyangka suaminya mendapat sakit yang sebegini.

Team Laundrybar Rangers terharu mendengar kisah yang diceritakan oleh Siti Salimah ketika suaminya masih di dalam perkhidmatan selama 22 tahun dan selepas mendapat serangan jantung. Sukar untuk dibayangkan jika kita ditimpa ujian yang berat ini. Dan kami menyeru kepada netizen yang ingin membantu, boleh menghubungi Siti Salimah di talian 019-2968717 atau salur ke akaun BSN Siti Salimah Misbah, 1030029000173345.

“PERAJURIT MEMPERTAHANKAN NEGARA,
LAUNDRYBAR MEMPERTAHANKAN PAKAIAN ANDA.”