video – Laundrybar Rangers – Jom Sahur

Laundrybar Rangers – JOM SAHUR

Antara program santai Laundrybar Rangers di bulan puasa yang mulia ini iaitu menyantuni mereka yang tidak bernasib baik terdiri daripada golongan miskin, gelandangan dan yang tidak mempunyai tempat tinggal di tengah bandaraya Kuala Lumpur di dalam program khas Laundrybar Rangers – Jom Sahur.

Pengacara, Fadzli turut disertai pasukan ragbi Divisyen 1, Rhinoz Warriors yang juga merupakan pasukan sukan rasmi yang ditaja oleh Laundrybar sebagai penaja utama bersama sekumpulan sukarelawan Laundrybar menjayakan misi ini sepanjang malam.