LaundryBar Lancarkan Tabung Kilat Kakitangan Untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir

Alhamdulillah, berkat dari kecaknaan anda mengenai isu-isu tanah air, empati dan simpati yang membekas di hati, dengan info-info yang diberikan, kami dari pihak Laundrybar telah bersepakat ingin menghulurkan bantuan.
Pihak Laundrybar mengadakan program kutipan derma daripada kakitangan dan pembekal Laundrybar sendiri bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur. Kutipan yang dibuat akan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri.
Moga segala urusan dipermudahkan. HULURKAN BANTUAN, RINGANKAN BEBAN.