LaundryBar dipersada Ekspo Aantarabangsa – The Global Franchise Market, DUBAI.

LaundryBar sekali lagi menyertai deligasi Malaysia ke ekspo antarabangsa. Kali ini Laundrybar pertama kali ke Dubai bagi menyertai sebuah ekspo francais antarabangsa.
Ekspo ini telah berlansung selama 2 hari dari 5 – 6 Disember 2018 di Dubai International Convention & Exhibition Centre yang disertai oleh peserta-peserta pameran daripada berbagai negara seluruh dunia.
Ini merupakan strategi pemasaran dan penjenamaan LAUNDRYBAR agar terus dikenali dan menjadi penyedia perkhidmatan dobi layan diri yang terunggul di MALAYSIA dan ASIA selaras dengan misi dan visinya.
Kejayaan Laundrybar ini adalah atas sokongan padu yang telah diberikan oleh para pengguna seluruh Malaysia termasuk anda. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua.