CONGRATULATIONS – STAF AWARD 2019

Tahniah kepada kesemua kakitangan LaundryBar yang telah berjaya merangkul hadiah untuk tahun 2020 bagi pretasi pada tahun 2019.

Pada tahun ini, seramai 24 orang kakitangan dari LaundryBar telah dipilih sebagai penerima pelbagai Anugerah bagi tahun 2019. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Sesungguhnya, anugerah ini membuktikan bahawa anda merupakan aset yang amat bernilai kepada Syarikat dalam memastikan kejayaan berterusan dapat di capai pada masa-masa akan datang.

Majlis Anugerah ini merupakan acara tahunan di LaundryBar sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap kecemerlangan dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh kakitangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanah.

Pihak Syarikat berharap agar semua penerima anugerah terus memberikan komitmen dan usaha berterusan dalam meningkatkan mutu kerja dan produktiviti diri, seterusnya menjadi contoh atau role model kepada warga kakitangan yang lain.

Pengiktirafan ini juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam membuktikan keupayaan diri masing-masing dan secara tidak langsung akan memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada semua kakitangan. Bahkan dalam skop yang lebih luas lagi, anugerah ini boleh dilihat sebagai satu daya penggerak kepada pembaharuan dan peneraju ke arah perubahan yang lebih positif terutama dalam membudayakan kecemerlangan dalam kalangan pegawai dan kakitangan secara amnya.

Cemerlang itu bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja tetapi juga dinilai melalui perkhidmatan yang bersih dan berintegriti. Kakitangan yang berintegriti sentiasa berpegang kepada konsep kejujuran dan amanah.

Meskipun hanya sekeping kertas yang dihias indah, namun apa yang tertulis di atas kertas tersebut membawa erti yang cukup manis dan bermakna. Majlis yang dianjurkan ini juga adalah wadah kasih sayang Syarikat dalam menghargai para penerima anugerah hari ini yang telah menabur budi dan bakti kepada organisasi kita.

Sekali lagi Pihak Syarikat ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Tahun 2019. Berikut adalah senarai penerima anugerah tersebut

PENERIMA ANUGERAH KHAS LAUNDRYBAR
(Menerima Sijil Skim Pelaburan LaundryBar)
1. FOO SEAK KUAN (Jacky)
2. ANG BENG HUAT (Kelvin)
3. CHEN YIN PENG (Kelly)
4. CHOOI XUE WEN (Carmen)
5. NG KIT LOONG (Alvin)
6. SATIYAWANI A/P SAMYNATHAN (Wani)
7. SUBLIH BIN NASIRI (Salim)
8. ABDUL JALIL (Jalil)
9. MOHD RAIFUL JAARI BIN MOHD JAAFAR (Raiful)
10. MUHAMAD EPINDI BIN BUANG (Fendi)
11. MUHAMAD FITRYZULAIN BIN AZLIE (Fitry)
12. MUHAMMAT SUNAR BIN AHMAD ALI (Nanang)
13. MUZAFFAR BIN NORZRI (Muzaffar)
14. CHONG AI MAY (May)
15. MOHD FADZLI BIN AB RAHIM (Fadzli)
16. SEO KENG FOO (Keng Foo)

PENERIMA ANUGERAH “SATISFACTION JOB PERFORMANCE FOR 2019”
1. CHONG AI MAY
2. MUHAMAD FITRYZULAIN BIN AZLIE
3. AMIRUDDIN ABDULLAH
4. MUHAMAD SAIFUL AZWAN BIN ALIAS
5. NG SEE KIT

PENERIMA ANUGERAH “LOYAL AND DISTINGUISHED SERVICE”
1. MOHD RAIFUL JAARI B.MOHD JAAFAR – NOVEMBER 2013
2. MUHAMAD EPINDI BIN BUANG – FEBRUARI 2015
3. ABDUL JALIL BIN BIDIN – JANUARI 2016